Pages

Friday, December 11, 2015

Jumaat 04/12/2015 02:49 petang Hospital Pantai Cheras

Selasa : 01 December 2015 : 09.00 pagi

Doktor hanya terang kan pada kami ayah perlu di "tidurkan" untuk membantu ayah bernafas. kami terkaku tanpa jawapan. buat la apa pun doktor saat itu yang penting ayah berhenti menahan sakit. ia apabila ayah di bius dan "ditidurkan" segala nya senyap. ayah tidak lagi meracau2, ayah tidak lagi sesak untuk bernafas tapi ayah kaku di atas katil dengan titisan air mata yang berbaki. saat itu bermula hari ayah tidak lagi membuka mata, tiada suara, tiada mata yang merenung kami, tiada senyuman yang terukir apabila melihat gelagat cucu-cucunya. Apa saja yang doktor sampai kan kami tidak ambil pusing kami masih disitu menanti dan dengan harapan tinggi ayah masih ada harapan. setiap kali kami bergilir-gilir menjaga ayah dan berbisik pada ayah tiada sikit pun perkataan mengalah untuk ayah terus kuat. malam itu ayah memberi respon yang baik. tekanan ayah naik mendadak. mungkin ayah suka bila akim bercakap dan menjaga ayah.

Rabu : 02 December 2015

pagi kami excited sangat ayah memberi respon yang baik. jangkitan paru-paru ayah mula hilang. bila kami ada di sisi ayah ada je respon yang ayah bagi untuk kami sentiasa ada disitu. tidak pernah sorang pun anak ayah yang tinggalkan ayah. tapi bila tiba petang ayah mula lemah. entah bakteria apa yang menyerang ayah kali ni. buah pinggang ayah mula tidak berfungsi. kami mula bertambah risau. tapi ayah kami tidak pernah menyerah. kami masih menanti dengan harapan ayah boleh lawan segala sakit. malam doktor mula bagi kami bersedia ayah hanya ada 24 jam untuk respon dengan ubat antibotik yang paling kuat.

Khamis :03 December 2015

kami mula kira-kira jam yang berbaki untuk 24 jam ayah respon pada ubat. Ya Allah sejak hari pertama ayah di tidurkan tidak pernah sekali ayah mengalah. semakin kami kuat semakin ayah memberi tindak balas yang ayah sangat ingin melawan sakit ayah dan ayah sangat kuat untuk menahan sakit ayah saat itu. tidak pernah sekali kami tidak melihat pada tekanan darah ayah. bila naik, bila ayah bagi respon pada bisikan dan sentuhan kami,  kami happy sangat. tapi bila malam tekanan ayah mula statik. badan ayah sudah tidak kuat untuk menerima ubat yang doktor beri. luluh hati kami bila doktor sampai kan berita ayah sudah tidak respon pada ubat dan sakit ayah pada buah pinggang. kami mula redha jika sudah masa nya ayah pergi tanpa keskitan lagi. biarlah ayah bertahan hingga esok hari iaitu hari jumaat.

Jumaat : 04 December 2015

Pagi, hanya satu ayat doktor ayah sangat kritikal, kami perlu bersedia kepada semua kemungkinan. tekanan ayah statik seperti semalam tapi pernafasan ayah mula berbunyi. terkaku nya kami sembilan sembilan disisi katil. penuh di setiap sisi katil dengan anak ayah...tiada ruang untuk sesiapa untuk melihat ayah dengan lebih dekat.. saat itu hanya kami..tiba masa nya kami sentiasa di sisi katil ayah. kami redha melepaskan ayah. tidak seorang pun yang mengalirkan air mata kerana kami tidak mahu ayah melihat kesedihan kami melepaskan ayah pergi. dari pagi kami mula berbisik pada ayah kami redha melepaskan ayah pergi, lepaskan segala urusan di dunia ini kepada kami, mohon maaf atas segala kesalahan kami, tiada lagi kata kata semangat seperti hari2 yang lepas. ak la insan paling susah ingin berbisik kepada ayah.cukup sekadar membisikkan perkataan ayah hati mula sebak. tapi aku harus melakukannya untuk ayah. selesai semua berbisik pada ayah tekanan ayah mulai menurun. dari 66 ke 50 ke 44 ke 39 ke 20 dan selesai solat jumaat tepat jam 2.49 petang ayah tidak lagi bernyawa. luluhnya hati kami.....................................................................................................................................


ayah pergi meninggalkan kami...........renggekkan kami hanya seketika selepas itu kami smua tinggalkan ayah bersama doktor, paktam dan umie untuk membawa jenazah pulang ke rumah.. dan kami terus pulang ke rumah untuk beersedia memyambut jenazah ayah di rumah.. masih terngiang di telinga saat aku dan jirah berjalan ke luar hospital menuju ke kereta

jirah : teah perasan tak apa yang da berubah dlm kehidupan kita elok je keluar dari hospital
aku : taw kita dah jadi anak yatim, hidup tanpa ayah

tepat  azan asar jenazah ayah sampai ke rumah,  dan terus selesai kan tahlil untuk arwah ayah. kami adik beradik berusaha menahan tangis kerana kami berjanji tiada yang harus menangis untuk mengiringi jenazah ayah hingga ke pusara.

selesai tahlil arwah, jenazah dibawa ke masjid ayah menjadi pengerusi. bahagia nya kami dapat memandikan jenazah ayah. pertama kali melihat jenazah ayah bahagia nya kami melihat wajah ayah tersenyum membuatkan kami semakin redha melepaskan ayah pergi. usai azan maghrib jenazah ayah menanti di sembahyangkan. ramai nya yang memyembahyangkan jenazah ayah. selesai imam bertanya "apa yang akan kita kata tentang jenazah ni" semua menjawab "baik".

jenazah ayah di bawak terus ke perkuburan alam damai. yang mengejutkan kami ramai nya yang menanti disana untuk mengiringi ayah untuk kali terakhir. seperti ada kenduri lain. terperna kami ramainya yang menyayangi ayah. subhanallah azan Isyak mengiringi Jenazah ayah ke liang lahad di tempat terakhir ayah di semadi kan.


p/s: ayah tenang la di sana. tiada lagi doa semoga ayah panjang umur dan dimurahkan rezeki, semoga hubungan kita erat seperti satu keluarga.tapi yang ada hanya semoga ayah tenang disana dan alfatihah sebagai pengubat rindu. akak tak kan lupa segala jasa ayah pada akak dari kecil, saat mama tiada disisi kami dan segalanya.. tiada setitik pun ayah tidak membantu anak-anak bila di dalam kesusahan.  walau apa tindak kan yang ayah ambil dan lakukan ayah masih mengingat anak-anak .terima kasih ayah atas didikan dan tunjuk ajar ayah selama ni. terima kasih ayah atas pengalaman hidup yang ayah beri pada kami selama ini. maaf atas segala amarah dan terasa hati akak pada ayah sebelum ini.. ayah tidak perlu risau kami adik beradik insyaAllah  akan bersatu, insyaAllah atas segala pengalaman dan tunjuk ajar yang ayah pernah bagi kami bisa harungi segala nya sendiri.

kami tak pernah ralat satu pun perkara sejak 4 bulan ayah mula sakit. kami lakukan semua yang tidak pernah kami lakukan untuk ayah. jaga makan ayah, masak ayah makan, makan ramai2, urut ayah, berjaga malam untuk pastikan ayah sentiasa tidur lena, buat spa untuk ayah, peluk cium ayah, kami ada disisi ayah dari ayah mula sakit hingga akhir hayat ayah hingga mengiringi ayah ke pusara ayah tanpa tangisan. alhamdulillah Allah beri kami kesempatan dan peluang walaupun kami pernah merajuk dan tercuit hati dengan ayah. kami sempat minta maaf.

ayah tak kan sekali kami lupakan ayah.. tidak pernah sekali kami akan berpaling dari mengingat dan merindui ayah. bukan kami saja yang akan mengigati ayah tapi insyaAllah satu bandar tun razak akan terus mengigati jasa-jasa yang telah ayah tinggalkan.. TERIMA KASIH AYAH~~

Amil Bin Salleh dalam kenangan 1955-2015
al-fatihah~~~ 


ikhlas dari anak mu yang cenggeng
norfatiha amil

Saturday, April 18, 2015

SINGAPORE : part 1

Dear diary

bukan main malas lagi nak menaip ni..
awat la.. padahal hari ni free bukan main..
kena kerja standby kat office
menghadap je pc ni... tak tahu nak buat apa...

awat lagu tu fatiha~~
hahaha

assalamualaikum~~

apa khabar semua.. da sebulan lebih cerita aku ke Singapore..
tapi since hari ni aku free and aku nak cerita kan 2 trip holiday aku
jadi aku settle kan tang Singapore dulu

kalau tak amatla terbeban nya aku rasa,, hahaha (mintak simpati)

so lets talk about the journey!!!


ini dia.. 1 bus kami bertolak jam 12 malam hari jumaat... aktivity retreat puteri bandat tun razak~~ yang x rapat kami rapat2 kan yang masam kami manis2 kan.. tyme macam ni la kami2 dapat peluk ciom satu sama lain...


 jaadi dalam pukul 9/10 kami sampai ke JB kena check in bag je dulu kat hotel untuk lebih mudah walk in ke imigresen Singapore pergi balik.. almaklum pergi balik je singapore ni..

Tips 1: yang memang check in hotel Jb better check in dlu apa yang patut sebab perlu lalu 2 kali imigresen.. jadi leceh kalau korang ankut segala bagai barang korang..
 sampai2 kat UNOVERSAL STUDIO terus benda paling wajib snap! snap! snap! laaaa.... hahahaha
excited almaklum la first time... hahaha kami berpecah supaya lebih muda nak beratur main segala bagai.. kalau semua satu jalan mau ada yang x sempat main.. hehehe
 before tu pening gak nak kesini ke kesana ke kesinun ke kesinan ke.. hahaha kalau aku sorang ni mau sesat dalam tu terus g alice wonderland.. hahahaha~~ jadi kami ber enam stick macam super glue dengan kak Lyn serba boleh.. hahaa yang free hair baju kelabu.. ( okey xyah sengeh2 naaa dia da berkeluarga..)

Tips kedua: mesti la ambik dia punya maps supaya x sesat.. hahaha
 moh layan gambar jalan... kami decided buat pusingan dari kanan.. faham tak? x paham g sne nanti tgh2 jalan 2 simpang ambik kanan.. hahaha
 first permainan kami! transformer.. lama lah gak bertur nya.. ingat kan macam fun fair kat malaysia.. hahaha xad plak beratur panjang2 sampai keluar.. rupa nya jalan nak ke tempat permulaan tu bukan main jauh.. hahahaha
 but! puas hati.. hahaha biar la duduk dalam kereta transformer tu kena ludah, kene api, kena baling bagai aku tetap pejam mata.. hahahaha layan kan aje..

tips ketiga: transformer tak ada la seram mana.. so far okey la.. naik je ttp mata ke jerit sampai keluar anak tekak ke tak apa.. janji pernah naik!! hhahaha

next! mumia ek?? hahaha ntah lupa.. hahaha yang ni tolong yang memang takot gilo tolong jangan naik!!! tapi kalau nak cuba sila sila kan la.. hahaha

aku kira salah sorang yang menyesal naik hari tu.. hahahahaha
 before naik smua happy snap sana sini... happy bagai la.. sebab di sogok kata-kata manis macam gula gula kapas dengan hai hai hai chip kita...

da settle smua pening.. lemah lutut..
hahaha eh ke aku sorang?? hahahaha
jalan-jalan sambil ambik gambar..tu penting tu!! untuk kenangan... bukan gedik2.. hahaha

seterusnya kami ke jurasic park! ni mmg x seram la.. baby bru lahir pun kalau naik x pengsan.. hahaha tapi kami main ala kadar je.. satu theme satu mainan.. sekurang-kurang nya pernah.. kan??
 jadi terus kan perjalanan tadaaa sampai ke castle fiona... hahaha ni just tgk theatre  Fiona and sharek je le.. lagi pun da penat jerit2 bagai  eh ke aku je jugak yang tang jerit jerit tu??? hahaha


 settle bergambar lagi.. this view is super duper nice!!! jom layan gambar2 selfie kami
                               
                   
kak lyn~~~ kakak serba boleh.. tak yah pikir panjang! smua sure boleh! tolong paham
kak ila.. rasa kakak yang sama ad perasaan macam aku bila naik game mumia tu.. hahaha
 kak ieqin.. finally dia dapat juga botol panda yang tiba-tiba semua nak beli jugak.. hahahaha

happy nye bukan main bila dapat~
 ini?? anak pak amil la... hahahaha si penakut tapi nak naik jugak!! lantak la kaki gigil.. ku tarik jugak!! hahaha
 yes! berjaya kejar fiona and shrek.. eh fiona aku pernah jadi ko untuk dinner PREC tapi x menang.. bak sini mahkota ko!
request mereka nak gambar ala kumpulan elite x pun feminin? hahaha

okey faham girl generation... hahaha
 okey layan lagi pic ni... ak jatuh cinta dengan castle kat belakang tu!
last2 rehat makan dulu.. da x larat dan masing2 da lapar!!!

then teman k.lyn and kak ieqin ke hard rock cafe bli t-shirt dorang nak buat koleksi la tu...


 masuk balik!!!pas makan.. energy da naik... eh tu dorang je...  aku ni mmg cepat penat! hahaha

almaklum la!!!! kikikiki settle coping habis kan duit yang ade sebab da tak de g mana...

before balik jalan perlahan lahan ke bas selangkah demi selangkah.. sebab nak bergambar sana sini lagi.. hahaha
 jumpa lagi! ap nama binatang ni.. itik mama kat kg kot! hahaha so kita selfie.. pandai itik biru selpie..

siap rampas gopro kita nak selfie punya pasl..

but nice view!!!! thanks itik biru!!!
 so.. itu la cerita aku yang pertam di singapore.. last gambar kami di sana..

then terus gerak balik hotel kat JB sebab malam ada makan2.... stay tune untuk part 2!!!












p/s: nice to know u kakak-kakak!!!! sori kak su yang suka pokpek pokpek, adk yang ske pose lain dalam pic and kak miza yang gelak je bila saya cakap gambar selfie awak sorang2 xadooooo..
EH SINGAPORE I WILL COME BACK SOON!!!



CIKLALING

Sunday, March 15, 2015

bali vacay sept'15 - part 5

hai all..

opss assalamualaikum~~~

yeay finally part akhir utk vacay kami ke bali..
serius sebenar nya banyak yang aku nak corat coret kan dalam ni..
pendapat kisah lucu~~

tapi x sempat.. okey yang sebenar2 nya malas..
tak tahu macam mana top top meletop blogger boleh update selalu..
boleh pasti kan belog dorang sntiasa update..
hahahaha

okey so kita sambuung last part...

hari terakhir kami adalah kami decided last minit untuk buat rafting activity.
okey serius kalau tak buat rugi... nasib ada bang supir yang pikir aktiviti seronok. okey first kira-kira duit, cukup ke idok..hahaha


 muka happy walaupun dalam kesakitan.. aktiviti yang kami x menyesal untuk main.. ni pakage dri adventure "search google ea" hahahaha

 harga 8000 rupiah. okey la.. xmahal.. sekali makan.. lama gak dalam pelampung tu.. hahaha
 yang penting pengalaman... ramai orang kata kat  malaysia pun ada aktiviti ni.. tapi mesti x sama sungai and air yang mengalir.. !!!





ini tyme muka masing2 excited.. disebabkan kami ber sembilan.. satu pelampung boleh 4 olang saja jadi kami bahagi-bahagi le~~

TIPS penting: pandai2 la bahagi2 supaya keseronokan tuk masih dirasai bersembilan.. hahaha






okey gambar di bawah adalah gambar di mana hanya pelampung aku je yang jatuh terbalik.. hahaha pengalaman yang menakutkan.. aku dengan gopro nye still genggam erat even tyme tu aku da dibawak arus deras.. hahaha~~




























finanlly lega kami semua selamat.. alhamdulillah.. itu kan pengalaman.. mau satu hari kami sakit2 bengkak2...huhuhuhu

then settle situ ambil masa setengah hari jugak.. jadi kami just mintak bawak kami ke pantai2 lain yang boleh basah2 gitu.. tak nak la terus balik hotel rugi plak nanti..


 so kita ke Kuta Beach je..free pun free.. seronok jugak ttgk suasana kuta beach... tepi2 ada tempat jual2 brng..rasa macam kat KRABI.. tapi kalau ikut bang driver situ agak mahal la... jadi kita tak benti straight ke Pantai.. nak duduk kat kerusi ni pun kena bayar taw!! hahaha


tak ada yang nak mandi jadi jalan2 je la lebih nye,.. macam kau cakap kat sini ombak nye kuat,.. yang nak mandi tu hati-hati la ea..

aku memang tak join disebabkan aku takut laut dan ombak yang deras.. lagi2 baru tenggelam tyme rafting tadi... hahaha tolong ambik gambar je la...
so pastu singgah bli nasi kat gerai murah then balik hotel.. yang best nye terus terjun kolam lagi.. hahaha kasi bersih dlu badan dri pasir.. hahaha no rules la itu yang best!!!!


esok nye  hari ke 5 sebelum balik sempat gak jalan2 tempat famous kat bali.. no basah2 coz kami terus check out and bawak smua bag.. sempat gak jalan2 coz flight petang.. layan baso 2 3 mangkuk.. habis kan baki2 duit.. then bubbye bali!! see you again.. hurm maybe not.. hahahaha