Pages

Wednesday, September 25, 2013

copy pate #2

Sebagai renungan kita bersama:
Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. ---------------------- Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia. -------------------------- Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal. ----------------------- Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan. ----------------- Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala. ------------------- Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua. --------------------- Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka. ------------ Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil Pinjam 1 minit, baca ayat ni  "Hasbi Rabbi Jalallah.. Maafi Qalbi Ghairullah.. Nur Muhammad Salallah.. Laa ilaa ha ilallah 3x Muhammadur Rasullullah" .... sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W ....


p/s: bila rajin baca artikel or quota yang memberi positive thinking mcm ni buat dri lebih berhargai dan merasa tiada yang rugi bila kehidupan macam ini!! hehehe jadi untuk sentiasa naik kan semangat tros kan membaca artikel2 yang positive... kalau boleh sehari sekali.. 


ciklaling

No comments:

Post a Comment